RESEPI AYAM GORENG ALA KFC
- Sweet & Savoury Recipes
- Aug 26, 2021
- 1 min read
Updated: Sep 13, 2021
Resipi ayam goreng ala KFC yang sangat mudah, sedap dan boleh dihasilkan secara homemade. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN UNTUK PERAP:
1 ekor ayam potong 10
7 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kari ayam
Secubit ajinamoto
Secubit soda bikarbonat
Garam 2 sudu teh
Air sedikit - bagi rempah senang serap
BAHAN-BAHAN UNTUK TEPUNG SALUT:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili
Garam secukup rasa
Secubit soda bikarbonat
1 biji telur
LANGKAH-LANGKAH:
Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan perap tadi.
Selepas itu pukul telur, golek ayam dalam telur supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah disalut telur tadi dalam bekas tu. Tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut rata.
Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas.
Dalam 15 minit ia akan masak.
Mudahkan? Selamat Mencuba!!
Resepi Kredit Kepada : gedungresepi2u.blogspot.com
Video Youtube yang dicadangkan kredit kepada : Mydapur Panas




Comments