top of page

RESEPI CORNDOG CHEESE TARIK

  • Sweet & Savoury Recipes
  • Aug 6, 2021
  • 1 min read

Updated: Sep 16, 2021

Teringin nak makan makanan ala-ala korea? ha jom cuba resepi ni. Sangat mudah dan sedap untuk dinikmati. Lagi-lagi makan waktu panas-panas memang fuh!


BAHAN-BAHAN UNTUK RESEPI CORNDOG :

  • 1 Cawan Tepung Gandum

  • 2 Sudu besar Gula

  • 2 sudu kecil serbuk penaik

  • 1/2 sudu kecil Garam

  • 1 Telur

  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk

  • Keju Cheddar/Mozarella Sosej

  • Serbuk Roti (optional)

CARA-CARA MEMBUAT CORNDOG :

  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.

  2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.

  3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.

  4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.

  5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

  6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

  7. Boleh letak pelbagai jenis sos yang disukai di atas corndog dan sedia untuk dihidang.


Mudahkan? Selamat Mencuba!!

Resepi Kredit Kepada : buatoranglapo.com


Video Youtube yang dicadangkan kredit kepada : Buat Orang Lapo


Comments


  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© 2021 by Sweet & Savoury Recipes. 

bottom of page