RESEPI NASI GORENG KOBOI
- Sweet & Savoury Recipes
- Aug 6, 2021
- 1 min read
Updated: Sep 16, 2021
Resepi ini sering dinamakan sebagai "resepi bujang" sebab resepi ni sangat mudah untuk disediakan. 5 minit dah siap!

BAHAN-BAHAN :
Semangkuk nasi sejuk
1/2 biji bawang besar hiris halus
2 ulas bawang putih cincang kasar
1/2 paket perencah nasi goreng adabi
1 biji telur
Garam jika perlu
Sedikit minyak untuk menumis
LANGKAH-LANGKAH :
Panaskan minyak, kemudian tumis wangi bawang yang telah dihiris. Seterusnya masukkan telur dan biarkan telur keras sedikit seblum dikacau.
Selepas itu, masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
Masukkan rempah nasi goreng adabi dan kacau sebati.
Goreng nasi sehingga agak garing. Jika kurang masin boleh tambah garam.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Mudahkan? Selamat Mencuba!!
Resepi Kredit Kepada : cookpad.com
Video Youtube yang dicadangkan kredit kepada : Suki Cooking




Comments