top of page

RESEPI TART TELUR PORTUGIS

  • Sweet & Savoury Recipes
  • Aug 6, 2021
  • 1 min read

Updated: Sep 17, 2021

Resepi ni sangat mudah, kita hanya gunakan kulit pastri segera. Tak payah nak uli-uli lagi. Bahan-bahan pun senang nak dapat. Jom cuba!


BAHAN-BAHAN PUFF PASTRY

  • Puff pastry ready made (Beli jenama Kawan)


BAHAN-BAHAN TART TELUR KASTARD PORTUGIS

  • 4 biji telur

  • Sedikit esen vanila

  • 150ml air

  • 250ml susu full cream (Dutchlady)

  • 120g gula kastor

  • 1tbsp tepung jagung

CARA-CARA MEMBUAT TART TELUR PORTUGIS

  1. Canaikan kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tidak melekat.

  2. Potong pastri lebih besar dari acuan.Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart telur. Selepas itu, canai balik puff pastry yang kita potong.

  3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara.

  4. Masukkan semua bahan-bahan kastard dan kacau sebati.

  5. Tapiskan adunan kastard dan tuang kedalam acuan tart telur.

  6. Bakar tart telur portugis pada suhu 200c selama 40 minit.


Mudahkan? Selamat Mencuba!!

Resepi Kredit Kepada : www.resepisenang.com


Video Youtube yang dicadangkan kredit kepada : Buat Orang Lapo


Comments


  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© 2021 by Sweet & Savoury Recipes. 

bottom of page