RESEPI KEK COKLAT LAVA
- Sweet & Savoury Recipes
- Aug 6, 2021
- 1 min read
Updated: Sep 16, 2021
Resipi kek coklat lava pakai sukatan cawan sahaja. Memang senang & marvelous sedap!

BAHAN A :
Satu cawan coklat masakan
Setengah cawan butter
>>Cairkan coklat masakan dan butter secara double boiler atau microwave<<
BAHAN B :
4 biji telur ayam
Setengah cawan gula
Esen vanila sedikit sahaja
Setengah cawan tepung gandum
LANGKAH LANGKAH :
Pukul telur, gula serta esen vanila sehingga berbuih
Kemudian masukkan adunan coklat yang telahpun dicairkan.
Pukul sekejap sahaja jangan sampai adunan kembang.
Selepas itu, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu butter bagi mengelak kek melekat apabila sudah masak.
Panaskan oven pada suhu 220 dan bakar selama 8 minit menggunakan api atas dan bawah (bergantung pada oven masing-masing).
Apabila kek sudah masak, taburkan gula aising di atas kek dan siap untuk dihidang.
Mudahkan? Selamat Mencuba!!
Resepi Kredit Kepada : cararesepi.blogspot.com
Video Youtube yang dicadangkan kredit kepada : Buat Orang Lapo




Thank you for the recipeee !! 😍