top of page

RESEPI SAGU GULA MELAKA

  • Sweet & Savoury Recipes
  • Aug 6, 2021
  • 1 min read

Updated: Sep 16, 2021

Sagu gula melaka ni sedap diminum sewaktu sejuk-sejuk, memang marvellous!!


BAHAN-BAHAN :

  • 250 gram biji sagu

  • 4 cawan air

  • Sirap atau pewarna (optional)

  • 80 gram gula melaka

  • 4 sudu besar gula pasir

  • 1/2 cawan air

  • 1 helai daun pandan (simpulkan)

  • 300ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata *optional: boleh gunakan susu cair untuk menggantikan santan

CARA-CARA MEMASAK SAGU :

  1. Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama lebih kurang sejam supaya biji sagu lebih cepat masak.

  2. Didihkan 4 cawan air. Kemudian masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih.

  3. Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu kelihatan lebih cantik).

  4. Kemudian, masukkan ke dalam acuan kegemaran masing2. (Kalau masuk dalam bekas besar, boleh potong2 semasa hendak makan).

  5. Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.

CARA MENYEDIAKAN AIR GULA :

  1. Masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan pekat.

  2. Sejukkan air gula.

  3. Bila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama sedikit air gula dan santan atau susu cair.


Mudahkan? Selamat Mencuba !!

Resepi Kredit Kepada : buatoranglapo.com


Video Youtube yang dicadangkan kredit kepada : Buat Orang Lapo


Comments


  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© 2021 by Sweet & Savoury Recipes. 

bottom of page